«

»

Jul 31

Jawapan Pra-Kuiz Ramadhan Online

Walaupun tiada hadiah akan diberikan buat yang berjaya menjawab soalan-soalan Pra-Kuiz Ramadhan Online, syabas diucapkan. Yang tidak berjaya menjawab dengan tepat, jangan bersedih ya!

Berikut adalah jawapan-jawapan untuk Pra Kuiz Ramadhan Online:

Soalan 1: Berikut merupakan bapa saudara-bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., kecuali *
A. Abbas
B. Hamzah
C. Imran
D. Abu Jahal

Imran adalah nama sebenar bagi Abu Talib.

Soalan 2: Pemimpin Empayar Abbasiyah yang dibunuh dengan digulung di dalam permaidani dan diarahkan dipukul sehingga mati oleh Hulagu Khan ialah *
A. al-Mu’tasim
B. al-Ma’mun
C. al-Mu’tamid
D. Harun ar-Rasyid

Soalan 3: Apakah hukumnya membaca al-Quran tanpa wuduk? *
A. Harus
B. Sunat
C. Haram
D. Wajib

Wajib berwuduk untuk memegang al-Quran.

Soalan 4: Koridor Raya Multimedia (MSC) dilancarkan oleh *
A. Tun Dr. Mahathir
B. Tun Hussein Onn
C. Tun Abdullah Ahmad Badawi
D. Tan Sri Muhyiddin Yassin

Soalan 5: Yang manakah tidak termasuk dalam Tauhid Rububiyyah? *
A. Allah s.w.t. adalah pentadbir seluruh alam.
B. Allah s.w.t. berkuasa menghidup dan mematikan.
C. Allah s.w.t. adalah sebenar-benar sandaran.
D. Allah s.w.t. pemberi rezeki kepada manusia.

Soalan 6: Contoh IRHAS ialah *
A. Bulan terbelah dua.
B. Tongkat menjadi ular.
C. Mengembala kambing.
D. Dilindungi awan daripada terik matahari.

Irhas ialah peristiwa unik yang berlaku kepada para nabi dan rasul SEBELUM kenabian.

Soalan 7: Miqat bagi mereka yang mahu mengerjakan haji di Mekah dari arah Madinah ialah *
A. Zatul Irqin
B. Cordoba
C. Yalamlam
D. Zul Hulaifah

Soalan 8: Apakah maksud jumhur ulama’? *
A. Fatwa daripada beberapa orang ulama.
B. Percanggahan sesuatu hukum fiqh oleh ulama’.
C. Bentuk pengajian yang diajarkan oleh ulama’
D. Persepakatan ulama’ berkenaan sesuatu hukum fiqh.

Soalan 9: Yang manakah TIDAK BENAR mengenai akhlak malu? *
A. Malu adalah pakaian taqwa.
B. Malu adalah salah satu cabang iman.
C. Malu adalah menjaga perut dan anggotanya.
D. Malu ialah memelihara semua adat resam budaya.

 Tidak semua adat resam budaya yang selari dengan ajaran Islam.

KUIZ RAMADHAN ONLINE akan bermula 1 Ogos ini. Nantikan!

3 comments

  1. fariza

    nak tanya psl soalan 6, kenapa mengembala kambing juga dikira sebagai irhas? mohon penjelasan

    1. pembinakedah

      Mengembala kambing tidak termasuk dalam perkara Irhas.

      1. fariza

        ok..baru faham..kena baca soalan betul2 lagi ni.Maaf ye. Tq atas penjelasan

Leave a Reply

%d bloggers like this: